Buat duit di internet – apa yang anda tahu?

“Buat duit di internet“ ini lah ayat keramat yang selalunya digunakan oleh orang yang baru-baru ingin mencari sedikit rezeki melalui internet dimana akan ditulis di engine carian seperti google atau pun yahoo, saya pon guna ayat ini kira-kira setahun lebih yang lepas sebab ada dengar ada orang buat duit di internet jadi nak try jugak la.
Berbalik kepada topik utama, buat duat duit internet ini mungkin kebanyakkan yang masih baru-baru termasuk diri saya fikir buat duit di internet ini suatu pekara yang senang dan tidak perlu modal. Semakin saya mencari semakin rasa sesuatu iaitu “tidaklah semudah yang disangka” senang lagi jual stokin kat asrama , banyak cara macam mana nak buat duit di internet cuma kena pandai pilih pastu buat jangan duduk termenung jer,nanti satu apa pun tak jadi.
Untuk membuat duit di internet ada banyak cara dan kaedah digunakan di shalihudin.com ini cuma akan senaraikan apa yang saya tahu sahaja:-
1. Buat duit melalui blog.
Blog merupakan salah satu kaedah atau medium yang digunakan oleh pengguna internet untuk memberi dan mendapatkan maklumat pada zaman sekarang, jadi dengan blog juga anda boleh dapat buat duit jika kena pada jalannya. Antara cara yang anda boleh buat untuk buit duit dengan blog adalah:
- Sewakan ruang iklan anda - jika blog anda mempunya kadar pelawat yang tinggi pada setiap hari tidak salah jika anda menyewaka ruangan iklan anda.
- Affiliate – anda juga boleh dapat duit dari affiliate program dengan membuat review atau ulasan tentang sesuatu produk seperti ebook di blog anda, buatlah review yang ikhlas dan jika ada yang berminat mungkin akan membeli melalui link anda.
- Program pengiklanan – anda juga boleh buat duit dengan program pengiklanan jika anda ada sebuah blog, contoh-contoh program pengiklanan Google Adsense, Nuffnang, Text Link Ads,Reviewme dan banyak lagi la. Setiap program pengiklanan mempunyai cara berlainan untuk memberi keuntungan jika anda menyertai program pengiklanan mereka.
- Jual barang – anda juga boleh buat duit di internet dengan menjual barang-barang seperti Tshirt, Kasut, barang-barang kesihatan dan banyak lagi la selagi anda rasa iainya sesui untuk di jual di internet,apa salah untuk mencuba gunakan blog sebagai medium pemasaran.
2. Buat duit dengan ebay
- ebay merupakan website lelongan yang terbesar dunia, di ebay kebanyakanya adalah barang berbentuk fizikal, jika anda berminat anda juga boleh menjual barang-barang diebay. Selain menjual barang-barang sendiri anda juga boleh menggunakan perkhidmatan dropshipper jadi anda tidak perlu simpan stok.
3. Buat duit dengan Jual Product digital
- Product digital merupakan product yang bukan fizikal, iaitu hanya boleh digunakan didalam komputer sahaja, contoh-contoh product digital adalah Ebook, video, audio dan software. Jika anda merupakan pakar dalam apa-apa bidang cuba la buat duit dengan jual ebook.
4. buat duit dengan perkhidmatan di internet.
- Anda juga boleh buat duit di internet dengan menawarkan perkhidmatan anda, sebagai contoh anda merupakan seorang webdesigner jadi anda menawarkan perkhidmatan anda di internet dan jika ada yang berminat pasti ada yang mengunakan perkhidmatan anda. Selain daripadaperkhidmatan web designer anda juga buat perkhidmatan penasihat kewangan , penterjemahan dan banyak lagi.
5. Buat duit dengan affiliate.
- Affiliate merupakan teknik pemasaran internet yang selalu digunakan oleh individu yang menjual product di internet dengan memberikan commution atau upah pada setiap jualan kepada affiliater atau boleh juga di panggil agen jualan. Jika anda berminat anda juga boleh menjadi ahli affiliate sesuatu product dan promosikan di internet, jangan lakukan promosi spam jika anda buat affiliate.
Secara ringkasnya di atas ini adalah contoh-contoh buat duit di internet, mungkin nampak mudah tapi tidak lah semudah yang disangka kena berusaha juga tanpa usaha tiada kejayaan, lebih baik mencuba daripada tidak buat apa-apa. Jika anda ada cara buat duit di internet selain yang di atas boleh la beritahu di ruangan comment untuk di kongsikan bersama.

